Profil

Pengenalan




Bidang percetakan merupakan suatu bidang yang sebenarnya mampu memberikan impak yang besar kepada masyarakat sama ada dari sudut penyebaran sesuatu agenda, mesej atau berita ataupun hebahan dalam memperkenalkan sesuatu pelan pemasaran. Oleh yang demikian, bidang percetakan juga merupakan satu bidang yang amat penting dan perlu dipelopori oleh usahawan terutamanya usahawan bumiputra.

Bermatlamatkan agar mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dari sudut bidang percetakan dan pengiklanan, disertakan kemampuan dan kemahiran, maka kami melihat bahawa bidang percetakan merupakan bidang yang paling sesuai untuk kami menumpahkan karya kami bukan sahaja pada material bahkan membantu usahawan-usahawan serta pertubuhan atau sesiapa sahaja yang ingin memberikan mesej sama ada kepada orang ramai mahupun individu. AB onPrint mula didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 3 Disember 2008 sebagai syarikat percetakan digital dan mula beroperasi pada 28 Disember 2009 berkonsepkan percetakan segera (digital fast print) dan memilih lokasi Selayang Mall bagi melaksanakan operasi. Lokasi permulaan syarikat kami ialah di K30, Tingkat 2 Selayang Mall, Jalan SU 9, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Lokasi permulaan:Sehingga pada 1 Jun 2009 (6 bulan selepas pembentukan), kami telah berpindah kepada tempat yang baru berikutan permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Lokasi baru kami di P-SF-03, Tingkat 2 Selayang Mall, Jalan SU 9, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Ini adalah ekoran daripada 5 faktor iaitu faktor:


1. Permintaan yang semakin meningkat
2. Peningkatan kualiti produk
3. Peningkatan sistem operasi
4. Pertambahan jentera dan peralatan yang lebih canggih
5. Pertambahan jumlah pekerja




Lokasi terkini:

Kad Perniagaan: